Hakuna Matata
"Hakuna matata" is a Swahili phrase; it means "no worries"
Thursday, August 28, 2014
Fenomena alam yang mustahil tetapi berlaku
2.Pintu ke neraka(The Door to Hell), api gas di Turkmenistan sengaja dinyalakan oleh ahli-ahli sains pada tahun 1971 dan masih terbakar.
3.Buih ais mudah terbakar(Flammable bubble ice): buih beku metana, terperangkap di bawah Alberta, Tasik Abraham.
4.Kilat Catumbo(The Catumbo Lightning), yang berlaku semasa 140-160 malam setahun, 10 jam semalam dan sehingga 280 kali setiap jam.
5.Rama-rama Monarch: Penduduk Amerika Utara timur terkenal dengan penghijrahan ke selatan akhir musim panas / musim luruh dari Amerika Syarikat dan Kanada ke Mexico, yang meliputi beribu-ribu kilometer.
6.Bunga Gurun(The Flowering Desert): berlaku di Gurun Atacama, Chile, pada tahun-tahun apabila hujan yang luar biasa tinggi. Biasanya kawasan yang menerima kurang daripada 12mm hujan setiap tahun.
7.Tiang lampu(Light Pillars): fenomena optik yang dibentuk oleh pantulan cahaya matahari atau cahaya bulan melalui kristal ais yang terdapat di dalam atmosfera Bumi.
8.Bunga Frost(Frost Flowers): kristal ais biasanya ditemui tumbuh di atas ais laut muda dan ais nipis di tasik yang amat sejuk, keadaan tenang hampir -22C atau -7.6F.
Monday, August 25, 2014
Derma darah
Penderma darah adalah istimewa. Ini adalah kerana tidak semua orang layak untuk menjadi seorang penderma darah. Terdapat beberapa kriteria yang melayakkan seseorang itu untuk menderma darah. Di antara kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:
1. Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2. Berumur di antara 18-60 tahun.
- Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
- Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
3. Berat badan melebihi 45 kg.
4. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5. Tiada masalah kesihatan.
6. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk
ubat-ubatan lain.
7. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa)
8. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual)
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur
Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis
Mengambil dadah secara suntikan
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.Untuk penderma wanita:
Tidak mengandung.
Tidak datang haid.
Tidak menyusukan anak.
11.Jangan menderma darah jika anda:
Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Tuesday, August 19, 2014
Homemade kek sedia menerima tempahan (^ ^,)
Black white russian 9" RM85, kek 8" RM75
Devil chese coklat cake 9" RM75, 8" 65
Rainbow kek 9"..RM95, kek8" RM90
Red velvet 9"RM90, 8" RM80
Whatsapp 0122372394
Orang kita:memulaukan sesama kita
Daripada Abi Ayyub (ra) bahwa Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:
“Tidak halal bagi seorang muslim tidak berteguran dengan saudaranya (seagama) lebih dari tiga malam; mereka bertemu lalu yang ini berpaling dan yang itu juga berpaling, dan yang paling baik di antara mereka berdua ialah siapa yang memulai salam”. [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
“Barangsiapa yang tidak bertegUran lebih daripada tiga (hari), lalu ia mati, maka ia masuk neraka”. [Hadis Sahih Riwayat Abu Daud]
Sabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam):
“Barangsiapa yang tidak bertegoran dengan saudaranya (seagama) selama setahun maka (dosanya) seperti membunuhnya”. [Menurut Imam An-Nawawy Hadis ini sanadnya sahih riwayat Abu Daud]
Itu antara hadis yang dibacakan ketika saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu.Dari tiga hadis di atas dapatlah kita ambil beberapa kesimpulan sebagaimana berikut:
1. Ketiga-tiga hadis di atas menyatakan betapa besar dosa orang-orang Islam yang saling tidak bertegur. Hukum tidak bertegur adalah HARAM. Hukum tersebut digambarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W pada Hadis
(1): TIDAK HALAL; Hadis
(2): MASUK NERAKA dan Hadis
(3) SEPERTI HUKUM MEMBUNUHNYA.
2. Berdasarkan zahir hadis (1) kita masih dibolehkan tidak bertegoran sekiranya tidak melebihi daripada tiga malam. Dengan kata lain adalah tidak haram hukumnya kalau kita tidak bertegur pada hari pertama, kedua dan ketiga. Mengapa? Kerena Islam mengakui bahwa sifat marah adalah fitrah atau naluri (sifat semulajadi) bagi setiap insan. Dan diharapkan rasa marah atau permusuhan yang berlaku antara sesama mereka akan hilang setelah tiga hari.
3. Dalam hadis (1) juga menyatakan bahwa mereka bertemu lalu saling memalingkan muka. Jadi hukum haram karena tidak bertegur tersebut tidaklah dikenakan ke atas orang yang tidak saling bertemu walaupun melebihi dari tiga hari.
4. Jika kejadian di atas benar-benar menimpa dalam pergaulan di antara kita, maka dalam hal ini siapakah di antara kita termasuk orang yang paling baik? Hadis (1) menjawab: Yang paling baik ialah orang yang lebih dahulu ingin memulihkan hubungan baik di antara mereka.
5. Inilah dalil yang digunakan oleh Imam Syafi’i dan Imam Malik bahwa ucapan Salam boleh menamatkan persengketaan dan menghapuskan dosa orang berkenaan. Tetapi Imam Ahmad Bin Hanbal dan Ibnu Al-Qasim Al-Maliki pula berpendapat: Ucapan salam tidak dapat menamatkan persengketaan itu jika dia yang menjadi punca persengketaan. Adapun jika yang berkenaan berkirim surat, dalam hal ini ada dua pandangan; Pertama: Dosanya tidak terhapus, kerana tidak diucapkan; kedua: Terhapus dosanya, kerana rasa bencinya telah hilang. Dan inilah pendapat yang lebih kuat.
6. Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam hadis (1):
“Tidak halal bagi seorang muslim”.
Berdasarkan zahir hadis ini maka orang kafir dikecualikan daripada ketentuan hukum tersebut. Tetapi Imam Nawawy dalam Syarah Shahih Muslim, jld V, hal. 425 lebih condong kepada pendapat: Termasuk orang-orang kafir. Hanya di sini disebut muslim kerana hanya muslim yang menerima arahan syarak dan mengambil manfaatnya.
7. Hukum haram tidak bertegur kalau melebihi tiga malam sebagaimana yang diungkapkan di atas adalah terbatas jika kejadian itu berlaku tanpa sebab yang munasabah. Contoh: Tidak bertegur hanya karena perbedaan pendapat dalam hal-hal furu’ (cabang agama) atau kecuaian menunaikan hak dan kewajipan dalam pergaulan. Dia tidak menyangkut hal dan kewajiban dalam pergaulan. Dia tidak menyangkut hal-hal ushul (pokok) yang boleh menjejaskan kemurnian Akidah dan Agama Islam. Tetapi jika perbuatan seseorang secara terang-terangan menghina Islam, menyebar perkara-perkara bid’ah, bergelimang maksiat dan mengikuti hawa nafsu maka hukum di atas menjadi berubah.
Namun ada beberapa golongan yang patut dipulaukan.
1. Orang-orang yang memperolok-olokkan ayat Allah.
2. Orang-orang Yang Berbuat Zalim.
3. Orang-orang Yang Mengikuti Hawa Nafsu.
4. Orang-orang berbuat bid’ah dan menyebarkan bid’ahnya.










