Wednesday, August 13, 2014

Pengalaman menyambut hari raya di kampung

Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke kampung untuk menyambut hari raya di sana. Kampung saya terletak di Kuala Selangor Kami pulang ke kampung menaiki kereta. Lebuh raya sesak teruk kerana orang ramai yang ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Pekan Sg.Buloh ketika hari hampir senja. Sebaik sahaja tiba di kampung, sanak-saudara menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung. Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain bermain meriam buluh amanakala kanak-kanak lain sedang seronok bermain bunga api. Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakaian baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan saudara-mara yang lain sebelum mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit. Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya bersama nenek di kampung.

No comments:

Post a Comment